Wednesday, December 14, 2016

DASAR EKONOMI BARU (DEB) DAN RANGKA RANCANGAN JANGKA PANJANG (RRJP) DAN RANCANGAN MALAYSIA (RM)

NAMA AHLI KUMPULAN :

MARIANI BINTI MOHAMED (02DSB16F2039)
NOR INTAN NABILA BINTI MOHD ISA (02DSB16F2052)
SITI NUR SYAZLIN BINTI ZAINORDIN (02DSB16F2053)
DYG SITI NUR-AFIRAH BINTI ABANG ROSLI (02DSB16F2064)
DYG SITI NUR-AFIFAH BINTI ABANG ROSLI (02DSB16F2065)

PENGENALAN
Dasar Ekonomi Baru merupakan satu bentuk perancangan yang dilancarkan oleh kerajaan dalam tahun 1970 melalui Rancangan Malaysia Kedua. Matlamat utamanya ialah perpaduan negara selain itu juga bertujuan untuk menyusun semula ketidakseimbangan sosio-ekonomi yang wujud di negara ini. Menyedari hakikat bahawa pengagihan ekonomi yang seimbang penting demi mewujudkan sebuah negara yang bersatu padu, serta mengambil kira kemiskinan serta ketidakupayaan sesetengah kaum untuk bersaing dengan kaum yang lain maka DEB telah dirancang untuk memperbaiki keadaan ini.
Ketegangan antara golongan yang berharta dan yang tidak berharta adalah berpunca daripada isu kemiskinan. Didapati bahawa orang Melayu lebih banyak menghadapi kemiskinan berbanding kaum-kaum yang lain. Didapati juga orang Melayu masih jauh ketinggalan dan kurang mampu bersaing dengan kaum-kaum lain walaupun Malaysia mengalami pertumbuhan ekonomi yang baik. DEB dirancang sebagai satu program jangka panjang yang akan berjalan selama 20 tahun, bermula dari tahun 1970 hingga tahun 1990. Rancangan-rancangan pembangunan di bawah Dasar Ekonomi Baru dijalankan menerusi strategi serampang dua mata :-
  • penyusunan semula masyarakat untuk mengurangkan dan seterusnya menghapuskan pengenalan kaum mengikut fungsi-fungsi ekonomi.
  • pembasmian kemiskinan tanpa mengira kaum;

DASAR EKONOMI BARU



Bagi memastikan matlamat untuk menghapuskan kemiskinan tercapai, strategi ditumpukan untuk menghapuskan kemiskinan di kawasan luar bandar dan kawasan bandar. Berdasarkan banci penduduk 1970, didapati bahawa kira-kira 49.3% daripada semua keluarga miskin di Malaysia berpendapatan di bawah garis kemiskinan dan kira-kira 86% daripada jumlah itu berada di kawasan luar bandar. Bagi mencapai matlamat, kerajaan telah melaksanakan pelbagai perkhidmatan dan kemudahan awam melalui kemudahan pendidikan, kesihatan, bekalan air dan elektrik.
Di samping itu, keutamaan juga diberikan kepada golongan miskin untuk mendapatkan bantuan seperti program bantuan subsidi baja, biasiswa pelajaran dan buku teks, makanan tambahan kepada kanak-kanak serta program rumah murah. Menjelang tarikh akhir pelaksanaan DEB, matlamat untuk membasmi kemiskinan telah tercapai. Laporan Rancangan Malaysia Keenam telah menunjukkan bahawa kadar kemiskinan negara pada tahun 1990 ialah 17.1% berbanding 49.3% pada tahun 1970.
Bagi memastikan matlamat yang kedua dalam DEB turut tercapai, kerajaan telah cuba memperbaiki keadaan ekonomi dan pada masa yang sama, menghapuskan pengenalan kaum mengikut fungsi-fungsi ekonomi. Berasaskan pada ketidakseimbangan antara kaum, kerajaan telah melancarkan beberapa program seperti perindustrian dan perdagangan, pertanian, perlombongan, pembinaan, pengangkutan dan pertanian. Bagi menjayakan matlamat yang kedua dalam DEB ini juga, beberapa strategi telah dirancang, antaranya:
  • Mengurangkan keadaan yang tidak seimbang dalam struktur guna tenaga supaya penyertaan pelbagai kaum dalam sektor utama akan mencerminkan kedudukan tenaga buruh mengikut komposisi kaum menjelang tahun 1990
  • Meninggikan daya pengeluaran dan taraf kehidupan golongan miskin di luar bandar.
Setelah tempoh Dasar Ekonomi Baru tamat, kerajaan telah menubuhkan Dasar Pembangunan Nasional yang merupakan usaha atau kesinambungan kepada perlaksanaan Dasar Ekonomi Baru.
Dasar ini telah digantikan dengan Dasar Pembangunan Nasional (DPN) pada 1991. Walaupun begitu elemen-elemen dasar ini masih lagi wujud dan akan diganti secara beransur-ansur apabila bumiputera sudah mempunyai keyakinan diri.

DASAR PECAH DAN PERINTAH
Jurang perbezaan ekonomi dan sosial kalangan kaum di Malaysia sering dikatakan akibat dasar pecah dan perintah (divide and rule) oleh penjajah Inggeris. Terdapat dua keadaan yang memungkinkan keadaan ini:
1. Inggeris sengaja memisahkan kaum-kaum bagi mengelakkan dan menyekat sebarang usaha penyatuan yang membawa risiko penentangan terhadap penjajahan.
2. Inggeris perlu mengekalkan penduduk peribumi di kampung-kampung serta mengekalkan aktiviti pertanian orang Melayu bagi memastikan bekalan makanan penduduk Tanah Melayu tidak terjejas. Tindakan membawa masuk pekerja asing adalah bagi mengelakkan penduduk pribumi meninggalkan aktiviti pertanian.
Peranan Dasar Ekonomi Baru dalam usaha pihak kerajaan untuk mencapai matlamat integrasi nasional
1. Mewujudkan peluang pekerjaan untuk semua golongan terutama yang menganggur.
2. Mengurangkan jurang perbezaan pendapatan antara semua kaum dan antara kawasan (bandar dan luar bandar).
3. Memperbaiki taraf dan kualiti hidup rakyat melalui pelajaran, latihan, kesihatan, kemudahan infrastruktur dan lain-lain.
KESAN DASAR PECAH DAN PERINTAH
1. Penduduk Melayu telah dibiarkan di kawasan pedalaman untuk mengerjakan sektor pertanian tradisional.
2. Kaum Cina ditempatkan di bandar dan lombong bagi menjalankan aktiviti perniagaan dan perlombongan.
3. Kaum India ditempatkan di estet untuk mengerjakan ladang-ladang British.
Oleh kerana petempatan dan kawasan tumpuan mereka dalah berbeza, maka tidak wujud interaksi antara tiga kaum utama ini. Melalui dasar ini British telah melahirkan perasaan prasangka dan memperkukuh keperibadian setiap kumpulan etnik yang terus menjarakkan jurang perpaduan antara kaum.
RANGKA RANCANGAN JANGKA PANJANG (RRJP)DAN RANCANGAN MALAYSIA

Rangka Rancangan Jangka Panjang Pertama (RRJP1) meliputi tempoh 1971-90 kini telah tamat.Di bawah rangka ini, Kerajaan telah melaksanakan empat rancangan pembangunan bermula dengan Rancangan Malaysia Kedua (1971-75) hingga Rancangan Malaysia Kelima (1986-90).Rancangan-rancangan pembangunan ini telah dilaksanakan di bawah rangka Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang diperkenalkan oleh Kerajaan pada tahun 1970, berikutan daripada peristiwa rusuhan kaum pada tahun 1969.Dasar ini adalah bertujuan untuk menggalakkan pertumbuhan dengan pengagihan yang saksama kearah mencapai matlamat perpaduan di kalangan kaum di Negara ini.

           Rangka Rancangan Jangka Panjang Kedua (RRJP2) yang meliputi tempoh 1991-2000 telah digubal berasaskan kepada dasar yang dikenali sebagai Dasar Pembangunan Baru (DPB). DPB akan memperkukuhkan lagi pencapaian di sepanjang RRJP1 untuk mempercepatkan proses membasmi kemiskinan dan menyusun semula masyarakat dalam usaha memperbaiki lagi ketidak¬seimbangan sosial dan ekonomi. Ia merupakan satu rangka dasar yang lebih luas bagi mencapai matlamat sosio-ekonomi untuk tempoh sepuluh tahun akan datang dalam konteks perkembangan ekonomi yang pesat. Semasa menggubal DPB, Kerajaan telah menimbangkan pandangan dan cadangan berbagai pihak termasuk Laporan Majlis Perundingan Ekonomi Negara mengenai dasar negara selepas 1990.

           Rangka Rancangan Jangka Panjang Ketiga (RRJP3) yang merupakan pembangunan dekad kedua Wawasan 2020 menumpukan kepada meningkatkan keutuhan dan daya saing negara.Dalam tempoh ini, usaha akan dilaksana untuk mempertingkatkan kualiti pembangunan dan menjana pertumbuhan tinggi yang mampan supaya semua rakyat dapat menikmati kemakmuran. Perpaduan Negara akan terus menjadi tonggak pembangunan dan kepelbagaian masyarakat Malaysia dari segi kumpulan etnik, bahasa, budaya dan agama akan diambil kira dalam memupuk sebuah masyarakat yang lebih harmoni, bertolak ansur dan dinamik. Dasar pembangunan sosioekonomi yang telah menyumbang kepada peningkatan kualiti hidup rakyat akan terus diberikan keutamaan.

RANCANGAN MALAYSIA

     Rancangan Malaysia merupakan rancangan lima tahun pembangunan kerajaan Malaysia. Rancangan lima tahun ini merupakan kesan peninggalan daripada zaman pemerintah British di Tanah Melayu selepas Perang Dunia Kedua. Rancangan lima tahun bermula dengan Rancangan Malaya Pertama, iaitu, dari tahun 1956 hingga 1960. Selepas itu disambung dengan Rancangan Malaya Kedua dari tahun 1961 hingga 1965.

           Setelah penubuhan Malaysia pada tahun 1963, rancangan lima tahun ini telah ditukar kepada Rancangan Malaysia (RM) dengan Rancangan Malaysia Pertama bermula pada tahun 1966 hingga 1970. Bezanya ialah perancangan ekonomi sebelum tertubuhnya Malaysia, tumpuan untuk kali ini dan seterusnya adalah untuk seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak.
RANGKA RANCANGANRANCANGAN MALAYSIA PERTAMA

Pada tahun 1966, kerajaan Malaysia telah memperkenalkan Rancangan Malaysia Pertama. Rancangan ini merupakan rancangan yang pertama setelah pembentukan Malaysia. Rancangan ini memberikan tumpuan kepada integrasi nasional dalam kalangan penduduk Malaysia, ia juga memberi penekanan terhadap pembangunan sumber manusia dan kepelbagaian program dalam pembangunan ekonomi. Untuk pelaksanaan rancangan ini kerajaan telah menumbulkan pelbagai agensi kerajaan seperti Majlis Amanah Rakyat (MARA), Bank Bumiputra pada tahun 1966, Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA) pada tahun 1967 dan yang terakhir Lembaga Penasihat Tarif dan Perbandaran Nasional Berhad (PERNAS) pada tahun 1969. Faktor utama penubuhan MARA adalah untuk mempermudahkan pedagang dan pengusaha  bumiputra mendapatkan bantuan kewangan dengan lebih mudah selain daripada bank.

RANCANGAN MALAYSIA KEDUA

Rancangan Malaysia yang kedua telah diperkenalkan oleh kerajaan Malaysia pada tahun 1971 sehingga tahun 1975. Faktor rancangan ini diperkenalkan adalah untuk mengatasi dan memperbaiki ketidakseimbangan sosioekonomi antara kaum ekoran kejadian peristiwa 13 Mei 1969.  Bagi mengatasi masalah ini,kerajaan juga telah menyediakan kuota bagi pengagihan biasiswa dan jawatan dalam perkhidmatan awam memperbaiki kedudukan ekonomi orang-orang Melayu dengan menutut kepada Perkara 153 yang terkandung dalam Perlembagaan Malaysia. Rancangan ini dibuat dengan perkenalkan DEB( Dasar Ekonomi Baru) dengan matlamat membasmi kemiskinan dan menyusun semula masyarakat Malaysia bagi mengelakkan pengenalan kaum mengikut fungsi ekonomi bagi mengelakkan peristiwa darah antara kaum berlaku lagi.RKM2 ini berfungsi untuk meningkatkan penglibatan kerajaan di dalam ekonomi dengan sasaran utama menambah pegangan ekonomi orang-orang Melayu. Satu lagi kejayaan rancangan ini ialah kerajaan telah menumbuhkan Petroleum National Berhad (PETRONAS) pada tahun 1974. Kadar pertumbuhan keluaran dalam negara kasar (Gross Domestic Product) telah meningkat sebanyak 7.4% setahun, iaitu lebih tinggi daripada jangkaan iaitu 6.8% setahun. Selain itu juga dapat pertumbuhan dalam beberapa sektor utama seperti pertanian sebanyak 25%, sektor pembuatan sebanyak 19.3%, sektor perdagangan sebanyak 14.4% dan sektor lain-lain sebanyak 10.15%.

RANCANGAN MALAYIA KETIGA 

Pada tahun 1976 Rancangan Malaysia 3 telah diperkenalkan. Rancagan ini merupakan peringkat kedua perlaksanaan Dasar Ekonomi Baru. Maklamat untuk rancangan ini adalah untuk mengurangkan jurang ekonomi antara wilayah dengan mewujudkan bandar-bandar baharu di sekitar Malaysia. Objektif rancangan ini memberikan penekanan yang banyak kepada isu alam sekitar dan keselamatan negara. Dengan melaksanakan rancangan ini kerajaan telah menumbuhkan 28 buah bandar baru di bawah rancangan Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (KEJORA), Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH), DARA pada tahun 1980. Selain itu, tanaman getah dan kelapa sawit telah dipertingkatkan oleh kerajaan Malauysia dengan tujuan ekspot untuk menambahkan pendapatan negara. Justeru, badan-badan berkanun seperti MARA,FELDA,Lembaga Penasihat Tarif dan Perbadanan National Berhad (PERNAS),Urban Development Authority of Malaysia (UDA) dan RISDA meneruskan usaha-usaha pembangunan negara. RMK3 ini telah berjaya meningkatkan kadar perkembangan ekonomi negara kepada 8.6%setahun.  Kadar pengangguran juga telah jatuh kepada 5.3%. Kadar kemiskinan di negara telah menurun kepada 29.2% dengan kadar kemiskinan luar bandar jatuh kepada 38% berbanding 59% pada tahun 1970 sebelum ini.

RANCANGAN MALAYSIA KE-EMPAT

 Rancangan ini telah dilancarkan oleh kerajaan Malaysia semasa negara mengalami masalah kemelesatan ekonomi akibat kejatuhan harga bijih timah dan getah dunia iaitu pada tahun 1981. Tumpuanya diberikan  kepada sektor pertanian di luar bandar dan mempelbagai, mengukuhkan ekonomi melalui peluang-peluang pasaran luar dan dalam sesebuah negeri. Selain itu, sektor baharu telah diperkenalakan, iaitu sektor perusahan berat yang berasaskan pelabuhan modal. Matlamat lain rancangan ini dijalankan adalah untuk meningkatkan pengeluaran rakyat dalam semua sektor dan memulih tanah untuk meningkatkan taraf hidup petani dan bidang pertanian. RMK4 telah dilaksanakan dengan penubuhan Perbadanan Industri Berat Malayisia.Justeru, kawasan perdagangan bebas telah dibuka seperti Bayan Lepas di Penang.   Selain itu, Perbandaran Industrial Berat Malaysia (HICOM) telah ditubuhkan mengurus industri berat seperti Kedah Cement Sdn Bhd dan kilang besi PERWAJA di Kemaman, Terengganu.  Dengan perlaksanaan dasar ini, Kita boleh nampak GDP negara telah berkembang pada kadar purata 5.8% setahun. Pendapatan per kapita telah meningkat sebanyak 4.4% setahun daripada RM3171 juta pada tahun 1980 kepada RM4609 juta pada tahun 1985. Selain itu, kereta nasional pertama “Proton Saga” dikeluarkan.

RANCANGAN MALAYSIA KELIMA

Pada sesi ini kerajaan menetapkan beberapa matlamat utama iaitu mencapai perpaduan negara, mencapai objektif DEB, meningkatkan sektor swasta, mempergiat pelaburan asing (FDI) dan galakkan pertumbuhan ekonomi luar Bandar. Sejajar dengan itu, kerajaan telah menekan bidang R&D bagi mengatasi masalah kekurangan guna tenaga dan meningkatkan produktiviti.Rancangan ini juga bermaklamat untuk menggalakkab sektor pertanian dan luar bandar. Usaha pembangunan sumber manusia dijalankan melalui aspek latihan, kemahiran, pengurusan, keusahawanan, pembinaan, perhotelan dan perkapalan. Sehubungan dengan itu, Perbadanan Perlancongan Malaysia di tubuhkan dan turut diperkenalkan tahun melawat Malaysia pada tahun 1990.

RANCANGAN MALAYSIA KE-ENAM

RMK ke 6 merupakan sambungan daripada RMK 5 dengan matlamat yang menjadi fokus adalah mengekalkan momentum pembangunan pesat ekonomi negara malah pada sesi ini, pengurusan dititik beratkan agar berjaya mengurus  kejayaan ekonomi negara supaya matlamat pembangunan seimbang tercapai. Kerajaan menggalakkan pelibatan sektor swasta dengan menyegerakan program penswastaan untuk elak perbelanjaan produktif. Dasar liberalisasi dikekalkan bagi meningkatkan pelaburan asing (FDI). Kerajaan turut mengambil inisiatif dengan mengubah struktur industri sedia ada kepada yang teknologi yang lebih canggih dengan harapan keluaran tempatan lebih bermutu. Kerajaan juga telah mengekalkan dasar liberalisasi,pelonggaran peratusan dan undang-undang untuk memperbaiki iklim pelaburan di Malaysia.

RANCANGAN MALAYSIA KETUJUH

Pertubuhan ekonomi seimbang masih lagi menjadi fokus. Namun, masyarakat luar Bandar tidak dipinggirkan. Mereka diberi keutamaan dan mendapat agihan pendapatan. Malah, kerajaan turut melihat kepada peningkatan guna tenaga, pendidikan dan latihan yang berterusan. Pembangunan seperti perumahan, kesihatan, khidmat sosial dan infrastruktur ditekankan dan penswastaan dipergiat. Kerajaan melaksanakan beberapa projek mega untuk menjana pendapatan seperti KLIA, MEASAT dan perkukuhan hunbungan diplomatik dengan negara jiran iaitu program hubungan Kedua Malaysia-Singapura. Dibawah pembangunan kemasyarakatan, kerajaan telah menyediakan kemudahan bagi golongan miskin dan menjalan projek petempatan semula setingga, PPRT dan banyak lagi. Bagi memenuhi hasrat untuk petingkatkan pendidikan, kerajaan telah menambah peluang pendidikan dengan membina university/ IPT yang baru. Dengan rancangan ini Keluaran Dalam Negara Kasar (KDKK) telah meningkat sebanyak 4.7%setahun, melepasi sasaran yang ditetapkan iaitu 3.0%. Kadar penggangguran pula telahkekal pada paras yang rendah iaitu 3.0%, manakala Indek Harga Pengguna turun kepada 1.6% pada tahun 2000.


RANCANGAN MALAYSIA KELAPAN

Objektif RMK pada kali ini adalah memperkukuh kebolehan negara bagi menghadapi masa depan dan memberi penekanan kepada perpaduan melalui pembangunan sosioekonomi. Kerajaan mensasarkan peningkatan aktiviti R&D terutama pada teknologi maklumat dan komunikasi. Dasar penswastaan kian diperkukuh. Kerajaan turut menggalakkan FDI dalam sektor teknologi tinggi. Usaha pembangunan sosioekonomi dilihat Rakan Muda. Kerajaan juga telah menggalakkan pelaburan asing (FDI) terutamanya dalam sektor teknologi tinggi.

RANCANGAN MALAYSIA KE SEMBILAN


Tumpuan kepada permulaan fasa kedua Wawasan 2020 dengan memberi keutamaan kepada aspek-aspek pembangunan insaniah bagi membantu pembangunan fizikal.Ini kerana kerajaan ingin memastikan pengagihan ekonomi yang saksama agar usaha membasmi kemiskinan terutama dalam kalangan rakyat termiskin di luar bandar dapat dipertingkat. Melalui agihan yang saksama, ia juga membantu meningkatkan ekuiti bumiputera seterusnya pembangunan masyarakat perdagangan dan perindustrian bumiputera (MPPB). Malah kerajaan turut menggalakkan pernyertaan perusahaan kecil dan sederhana (PKS).Kerajaan juga telah merancakkan program penswastaan dalam Rancangan peringkat ini.

RANCANGAN MALAYSIA KESEPULUH

RMK 10 tidak lagi memfokuskan kepada kegiatan pertumbuhan ekonomi sebaliknya memanfaatkan kepelbagaian etnik untuk kejayaan antarabangsa disamping mentransformasi negara berpendapatan tinggi yang berasaskan produktiviti dan inovasi. Oleh itu kepelbagaian etnik dapat dapat dimanfaatkan dengan  memberi peluang sama rata,perkongsian kepintaran turut juga menyemai perasaan menghargai khazanah negara. Dengan wujudnya persekitaran seumpama ini, ia dapat menjayakan pertumbuhan ekonomi secara tidak langsung malah menuju kearah pembangunan sosioekonomi secara inklusif dengan mengekalkan modal insan bertaraf dunia seterusnya mewujudkan persekitaran ke arah peningkatan kualiti hidup. Oleh yang demikian, kita dapat mentransformasi kerajaan ke arah mentransformasikan Malaysia.


RANCANGAN MALAYSIA KESEBELAS




Rancangan Malaysia Kesebelas (RMKe-11), 2016-2020, merupakan rancangan pembangunan lima tahun terakhir ke arah merealisasikan matlamat Wawasan 2020. Wawasan 2020 yang dilancarkan pada tahun 1991 menggariskan aspirasi Malaysia untuk menjadi negara maju dalam semua aspek, iaitu ekonomi, politik, sosial, kerohanian, psikologi dan budaya menjelang tahun 2020. Susulan daripada pencapaian pembangunan yang cemerlang dalam tempoh separuh dekad yang lalu, RMKe-11 mengukuhkan lagi komitmen Kerajaan untuk mencapai pertumbuhan bermatlamatkan kemakmuran dan kesejahteraan rakyat. RMKe-11 berteraskan prinsip “Bangsa Malaysia” yang progresif dan bersatu serta berkongsi cita-cita dan komitmen yang sama dalam meningkatkan lagi kemakmuran negara untuk rakyat